Tanggal 2 Julai 2011 hari Sabtu malam Ahad, aku menghadiri satu majlis tahlil arwah jiran ku di surau. Aku telah dihidangkan dengan makanan yang pelbagai seperti sup tulang, rendang daging bersama nasi putih dan pelbagai jenis minuman yang menyelerakan.
Aku duduk di satu sudut bersama 3-4 orang saudara mara ku yang terdekat.Makan punya makan sampai le kenyang....Faham2 le kan apabila makan daging memang aku jadi tak selesa sebab sisa-sisa daging tu melekat kat celah2 gigi.
Dalam keadaan yang tak selesa tu aku pun meneruskan aktiviti seperti biasa le kan, selepas makan kena le buat keja,cuci2 pinggan ke,menyapu ke dan apa2 je le yang patut.Setelah hampir seselai aku rasa semakin tak selesa kat mulut aku ni.Lantas aku ke tempat solat muslimat untuk mendapatkan cermin di sana.Lantas aku pn membuka mulut ku ini di hadapan cermin,alangkah terperanjatnya aku,aku dapati........gigi hadapanku telah kehilangan tampalannya.Aduhhh!!! aku berasa malu lantas aku terus meninggalkan majlis tanpa memberitahu kepada sapa2 yang ada di situ.
No comments:
Post a Comment